Klik Di Cni Please

About Me

My photo
kuala terengganu, terengganu, Malaysia
biase2 je....aku pn xtahu nk ckap diri aku ni camne...knl dulu la baru tahu kot....

Klik Sini Juge..

Tuesday, July 13, 2010

ape erti kasih dan sayang

Ummat manusia pada zaman ini sedang mencari satu cahaya iman yang sebenarnya. Fikiran mereka telah tenggelam dalam kekusutan faham falsafah kebendaan (materialisme). Fikiran yang gelap penuh dengan keraguan. Hati yang luka parah oleh cara hidup tidak bertujuan yang diilhamkan oleh tamaddun yang kejam. Mereka tidak sedar akan maksud penciptaan mereka dan seluruh ‘alam semesta ini. Mereka sunyi dan amat dahagakan belaian kasih sayang



Inilah bentuk kehidupan yang sedang kita tempuhi. Anak-anak remajanya membesar tanpa sentuhan kasih sayang lantaran kesibukan dalam memenuhi tuntutan sistem hidup yang kejam dan falsafah kebendaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

Saya melihat kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya, suami isteri terpaksa bekerja untuk memenuhi keperluan hidup. Anak-anak terpaksa diswastakan dan membesar tanpa sentuhan kasih sayang. Bayangkan setelah 8 jam tenaga di habiskan di tempat kerja, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan jalanraya berjam-jam. Apabila sampai ke rumah memang kepenatan berada di tahap klimaks(kemuncak)nya sedangkan ketika itulah anak-anak mula menagih simpati dan kasih sayang tetapi sayangnya yang mereka dapati adalah sergahan dan tengkingan. Anak terus membesar dalam suasana yang sunyi dari kasih sayang. Sedangkan kasih sayang inilah salah satu sumber untuk menjadikan manusia itu manusia. Akhirnya anak-anak ini terus membesar sedang di dalam jiwanya tiada lagi kemanusiaan lantaran kasih sayang yang menjadi penyubur kemanusiaan tidak pernah dirasainya. Akhirnya kita mendengar dan membaca berbagai berita yang mengejutkan....anak membunuh ibunya sendiri, ayah dipukul anak sendiri bayangkan apabila anak-anak ini akhirnya menjadi ayah atau ibu apa yang akan berlaku? Apakah nilainya ibu tanpa kasih sayang sedangkan kasih sayang itulah lambang keibuan. Bayangkan generasi yang bakal lahir dan mengambil alih pimpinan masyarakat.

Dari satu sudut yang lain ada ibubapa yang rasa bersalah dengan pengabaian ini lalu menggantikan kekosongan kasih sayang ini dengan kemewahan dan kebebasan dengan harapan dapat menebus kesalahan mereka dalam hal ini. Lalu bayangkan anak-anak yang tidak mendapat sentuhan kasih sayang apatah lagi didikan agama diberi kebebasan dan kemewahan sedang sistem hidup yang tidak bersandarkan hukum-hukum Allah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka terjerumus ke dalam lembah maksiat. Mungkin agak ekstrim kalau saya katakan "kalau untuk zina itu ada 10 step maka sistem yang ada sudah menyediakan 9 daripadanya tinggal pemilik diri sahaja yang perlu membuat pilihan seterusnya" tapi inilah hakikatnya; konsert-konsert hiburan, majalah-majalah yang memaparkan gaya hidup bebas, filem-filem cinta ala perancis menyelubungi hidup mereka. Lihatlah natijahnya...penzinaan, buang anak dan sebagainya. Tepatlah sebagaimana kata Ramadhan Al Buti, remaja hari adalah mangsa masyarakat(sistem), mereka lahir dalam masyarakat yang tidak menggambarkan hakikat Islam yang sebenarnya, berbagai jalan kemaksiatan terbentang di hadapan mereka sedangkan mereka tidak mendapat didikan agama yang sepatutnya apatah apatahlagi mereka tidak pernah mendapat sentuhan kasih sayang.

Mungkin pandangan ini salah tetapi apa pula pandangan ada sidang pembaca, mungkin boleh dibincangkan dengan lebih mendalam. Berikan komen anda.

3 comments:

  1. rasanya.. kehidupan hari banyak membantu dalam menghidupkan kelemahan institusi rumah tangga sekarang nie..

    kurang kasih sayang.. anak2 lebih mesra dengan orang lain.. tapi apa yang bro katakan ada betul gak.. hidup di Kl.. kalau suami sahaja yang berkerja masih tak cukup untuk survive kehidpan di ibu kota ini...

    so bila jadi cam ni.. anak2 kurang kasih sayang.. hubungan jadi x rapat.. so timbul lah isu2 lain..

    cuma pasal step tu kurang bersetuju.. ahaks.. rasa 5/10 je..

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah bro.
    Mmg aku setuju. Selalunya kalau yg parent2 kaya2 tu selalu sibuk, anak2 pun hidup bebas. Keje nak melepak je mentang2 duit banyak.
    papepun ada jugak aku tau yg kaya tapi masih rendah diri. huhu

    ReplyDelete